Tuesday, August 31, 2010

UMUR AKU DAH 19 TAHUN

Kita hidup dekat dunia ni, bukan seorang je, tapi ramai orang. Bila dah ramai orang, banyak lah jugak hati. Bila dah banyak hati, banyak lah ragam. Bila dah banyak, hah dah takyah nak banyak² lagi dah. Cukuplah banyak yang dah ada tu.
Sepanjang 19 tahun aku hidup, banyak dah ragam orang yang aku tengok. Masam manis masin pahit semua aku dah tengok dengan secukup rasa.

Hidup ini, kita kena lah bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu menegur salah dan silap kita. Tanda nya masih ada yang peduli. Yalah..cuba bayangkan kita tersilap. Contohnya, kita pakai baju terbalik ke, then takda orang tegur.. tak ke susah tu...

Tapi masalah nya di sini, tak semua orang itu sama. Ada yang cool, ada yang sensitif, ada yang super sensitif. Jadi berjaga-jaga lah kalau nak menegur kesalahan orang. sebelum itu berfikir lah dulu sama ada diri anda boleh menegur orang itu atau tidak. Dan bayang kan anda berada di tempat dia. Kadang-kadang dia ada sebab tersendiri mengapa dia berbuat begitu.

Kita pula yang menerima teguran, sometimes tu kena lah terima teguran..sebab macam kita tahu, semua orang tak sama. Kita tak boleh expect semua org faham perasaan kita. Setiap kali kita terasa, fikir positif, jangan biar persepsi buruk menyebabkan anda tensen, atau down.
Dalam hidup ini kita tidak boleh anggap semua orang boleh jaga hati kita, begitu juga kita tidak boleh jaga hati semua orang.

Bila orang cakap pasal jaga hati dan perasaan ni kan, bagi aku senang je. Kalau orang tu tak ganggu aku, aku tak ganggu dia, tapi kadang2 kau ganggu aku, aku still tak ganggu kau..takpa..

P/S: CERTAIN THINGS ARE MEANT TO BE BROKEN.

No comments: