Thursday, September 16, 2010

Lampu Ajaib


Aku dah lama x update blog
Ahahaha. Sebab xda idea la.
Harini tetiba aku nak share sal something.
Haha. Hari tu before aku balik Sarawak, mungkin parents aku pergi kedai lampu apa tah kot, then diorang beli la table lamp untuk bilik diorang. 

 Ini dia. Chantekkk. Aku suka sangat style camni. Black and so me.

 Pastu tanpa disangka, diorang ada beli untuk aku jugak.
Nak tau mcm mana rupa table lamp tu…?? Ni haa.


Okayyy. Stop smiling. Ahahah. Aku terima dan hargai. Dan aku juga sayang sangat2 ngan lampu HELLO KITTY ni. Sebab jarang nak dapat benda macam ni dari parents. Bukan calang2 ni. Haha. Pastu, tadi ayah aku tetiba lak bagi aku something.
Ni haa… kat bawah ni.
 comel x teddy bear tu?? comel kannn...

pastu untuk org laen  pakai pulak yg macam kat bawah ni…


U guys get it or not???? Hahahaha. Kepada yg memahami, don’t laugh.. Naaahhh. Go ahead smile n laugh la..hahaha. Aku pun rasa benda ni agak melucukan jugak. Mungkin pada korang x lucu, tpi pada aku ya. Haha. In a nutshell,  walaupun umur aku dh 19, mungkin aku ni maseh lagi budak kecik di mata diorang. Sebab tu lah bagi benda2 macam tuhh. Ahaha. Biasa lah anak bongsu ni kan.. Walauapapun, aku bahagia lah jugak sekarang ni. Sebab kita xleh jadi muda selama2 nya. Sementara aku masih lagi dapat, aku nak terus hargai saat2 muda aku. Haha, jadi adek adek yg kat luar tuhh, kalau dah budak tu ngakuk je la budak. Xyah nak pakai make up baju mcm owg dewasa g clubbing apa semua, darjah 4 dah isap rokok padahal kat rumah cadar tilam katun jugak. Come on la kids. Stop berlagak macam korang dah dewasa apa semua sedangkan otak kecik lagi. Fikir pun x jauh, 2 3 meter je jarak. Hargai lah saat2 kanak2 anda semua.hahaha. Makasehh kerana sudi membaca dan SELAMAT HARI MALAYSIA! =D

Tuesday, September 7, 2010

Raya Sales!!!

Day 5..
Hari raya blh di kira dengan 1 tangan je lagi…
Yang pastinya, ramai keluarga yang shopping sakan time ni…
Tpi yang bess nya, keluarga aku tidak ketinggalan juga..
Walaupun kami x menyambut hari raya, tapi kami sekeluarga tak nak jgak miss semua2 kemeriahan ni  haa..haha..
Mak aku itu lah, mentang-mentang time ni banyak sales..jadi petang tdi, kami telah pergi ke kedai perabot untuk memeriahkan kedai..hahaha…
Semasa memilih set sofa, semua orang excited dengan pilihan citarasa masing-masing..
Tpi bila aku tgk balik, ni ah sorang budak yg paling excited antara kami…


haa...ini lah dia...anak buah aku....(ian)..ian ni sampai nak bawak lari bantal tuh pun ada... hahaha
tapi, aku tetap sayang ian......


Ini saja lah sedikit sebanyak yang berlaku hari ini…
Kepada yang menyambut hari raya,
 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!^_^

Monday, September 6, 2010

Why jump into the ending when we could flows with the wonderful chapters

Bebaru ni, kalau korang perasan aku agak emo ckit...
nope! aku bukan nak jadi emo girl..hahahaha...
aku pun x perasan dgn perubahan aku emosi aku bebaru ni, sehinggalah seorang insan bergelar teman menegur aku...
hahaha...baru lah aku perasan...then aku cuba lah renungkan semula why aku berubah menjadi emo...baru aku sedar- IT'S BECAUSE OF NOTHING! 
jadi sekarang, aku tak nak lah begini setiap hari kan...
kerana ini bukan aku...
aku mengambil keputusan untuk meneruskan hari hari mendatang dengan gembira..huahahahaha...
Why jump into the ending when we could flows with the wonderful chapters.

ayat ini, di inspired by someone special that appears in my pathetic life,
this sentence really left a great impact to my impression towards life.
haha...ayat yg dia bagi tuh x lah sebijik mcm yg kat atas, tpi maksud dia lbh kurang lah kot?? hahaha..aku pun tak tahu..dia jawab lah sendiri kalau dia baca...hahahaha...
aku nak elaborate kan apa maksud yg tersirat dalam sentence tuhh... tapi aku agak lemah lah ckit dalam bahagian elaboration ni...huhu...

maksudnya boleh berbeza-beza terpulang kepada situasi.. 
bagi aku pulak, maksudnya, kita sebagai teenagers, memang ini lah saat nya kita untuk mengenali erti kehidupan.. inilah masanya kita melakukan segala salah dan silap dan belajarlah dari kesilapan itu.. hayatilah setiap peringkat hidup ini dengan penuh makna.. moment moment remaja bukan datang dua kali pun...tarikh 6/9/2010 tak mungkin akan berulang lagi selama-lamanya..melainkan ko pegi buat kalendar sendiri.. if u missed the chances given for today, means u missed it forever. kau takkan dapat ambil lagi peluang yang sama dah...haha..jadi pesanan aku hargailah setiap detik yg ada kerana sesungguhnya setiap detik kehidupan kita adalah berharga..


*********

3rd day (5/9/2010)

hari ketiga bercuti di sarawak aku habis kan dengan terperap dalam bilik n dpan screen jer...so, nothing much to say..
aku tonton crita 
SILENT HILL

diikuti dengan siri anime

OURAN HIGH SCHOOL HOST CLUB

4th day (6/9/2010)

awal-awal pagi lagi aku dah dengar suara anak buah (ian) aku yg comel giler tu nangis...dia demam ckit sekarang.. sebab tu nangis je...
kesian kat dia...
petang tu, kami rancang nak pergi kampung jumpa dgn nenek aku..
bawak cicit pergi jumpa moyang lah kan..hahaha...
jadi before pergi rumah nenek aku, kami singgah lah lagi kat rumah kami yg dekat sematan..dekat jer dgn rumah nenek aku...
ian tu bukan main syok lagi jalan-jalan dalam rumah tu.. mentang2 dh terer berjalan...

luar rumah..

dalam pulak..

kacau mummy n daddy dia...

aunty carry walaupun ian tak rela..hahaha

dekat rumah moyang nya..hahaha

aku sayang sangat-sangat kat anak buah aku ni...
mungkin sebab ini adalah anak buah aku yang pertama..
dan berita yang lagi menggembirakan aku,
aku difahamkan anak buah aku ni akan mendapat adik twins!!!
HAHAHAHAHAHHHH.....
gembira tahap dewa gaban laaa....
sama2 la kita doa2 kan semua nya berjalan dgn lancar ye...
haha....
 

Saturday, September 4, 2010

S.A.R.A.W.A.K

waaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!!
senangnya dalam hati bila dapat kembali ke negeri tercinta...
hahahaha....
dah 2 hari aku di cni...
masa aku dipenuhi dengan cemerlang sekali..huahahahaha...

1st day...

i drove all alone from daerah lundu to daerah bau.

pergi skolah lama aku n rasa balik baring atas tilam asrama.


culik 3 orang kawan aku yg rela escape kelas bawak g makan tmpat kami biasa lepak..(Jack, Joseph n Augustine)

then ambek lgi kawan aku yg lgi sorg kat skolah...(Aten)
Hantar joseph balik rumah dia kat batu kawa..
borak2 ngn his mom dgn agak lama jugak...

then pergi lagi MJC...omg.... aku tak bgtahu mak aku pun aku akan pergi lbh jauh dari daerah bau...sebab semua nya x dirancang pun...hahahaha...
jadi, tengah2 aku ngn kawan2 aku syok2 window shopping kat situ,
phone aku tetiba bebunyi...mom calling...OMG
aku takut giler.........
ni conversation aku n mom.
aku: hello mak...(dlm hati OMG)
mom: kau kat mana?
aku: ermmm...HAHAHA.(ketawa takut) aku dkat MJC...(gullppp~)
mom: what???????????????? (terkejut tahap gaban)
(tpi yang pelik nya suara mak aku tetiba jdi lembut...)
mom: brani jgak kau drive jauh2 ye.........
aku: huhhhhh?? hahaha...tetiba rasa berani...(heran but glad)
mom: oklah...jangan balik lambat...
aku: ok mummy....(masih lagi heran)

HAHAHA.....mmg heran la aku....tpi bahagia la rasanya...mgkin sebab dia tahu jack n aten tu besfren aku...so, aku bkn salu buat mcm ni.....haa..jadi dia bagi peluang...

jadi lepas tu...kmi pun pulang....


2nd day...
aku sedap2 tido sbab hari yg agak memenatkan pada 1st day...
pagi tu my dad pergi kuching ambek abg aku kat unimas...
then dia balik2 je trus masuk bilik aku kacau aku tdo...
kata nya..: wahhhh, ada budak kedah tdo dalam rumah kita...
tapi aku tgh mamai jadi aku x layan la dia....hahaha
then bila bangun, aku, abg, mom n dad, pergi la ke rumah kmi yg dkat sematan...

mom n dad busy kemas rumah, 


 

tapi aku n abg aku........hahaha

 


syokkkkkkk makan mee maggi....n main counter strike..

hahahaha....seronok jugak dapat mulakan cuti macam ni...
i have a great feeling that this holiday is going to be MERIAHHHHHH!!
hope so.....coz semua kawan n family aku balikkkkk....yayyyy!!!!

so...hargailah moment bersama insan tersayang...^_^


Friday, September 3, 2010

Belon = Airplane

 sebelum masuk...

dalam flight...

Demi mengejar cita cita aku, aku kena belajar di luar negeri...
apabila pergi blajar di luar negeri, kenalah aku naik belon selalu..
bagi yang tak tahu, belon itu adalah kapal terbang istilah org sarawak.
sebenar nya, aku tidak suka naik belon...
mengapa??
sebab, bukan sahaja telinga aku sering sakit, tetapi hidung mata n kepala aku juga ikut sakit sekali...
tapi demi sarawak tanah tumpah nya darah ku...negeriku sarawak...aku relaaaaaaaaaaaa....
sakit yang aku cakap bukan saja2 sakit biasa..
aku juga tidak pasti sama ada aku sakit begitu efek dri gabungan penyakit2 aku itu kah ataupun apa..
aku juga tidak pasti sama ada normal utk rasa begitu...
mgkin mengalami sakit telinga dan hidung aku tidak heran sangat...
tetapi mata aku...
kadang2 aku rasa sakit nya seperti orang dah nak buta...
sangat sakit...air mata tidak henti henti keluar dri mata kanan aku yang sakit walaupun aku bukan nya menangis pun...ini adalah experience aku tadi..aku bru balik dari penang ke kuching, sarawak.
sewaktu belon dah dekat2 nak landing, mata kanan aku start la berdenyut dan berair.... macam rasa nak terkeluar saja...rasa takut nak buta pun ada..
aku tak tahu lah why...
sebab penyakit aku itu kah????????
haihhhhhhhhh....
ehhhhhh....esok aku nak melawat kawan aku di sekolah lama aku yang terletak 1 jam dri rumah aku...
jadi aku dah mendapat kebenaran mak n ayah untuk drive pergi sana esok pagi...
doa kan aku selamat ye...
tak sabar rasa nya....hehe...