Tuesday, June 26, 2012

sistem scanning yang bodohhhh!!

tak selesai lagi satu masalah datang lagi masalah yg baru, kali ini kawan saya pula dituduh balik melebih waktu curfew yg ditetapkan oleh kampus. apabila berjumpa dengan pihak HEP dan memberitahu bahawa dia tidak melakukan kesalahan tersebut, pihak HEP tidak percaya dan menuduh kawan saya menipu. mereka mempercayai sistem scanning itu 100%. Padahal pada malam itu, kawan saya berbuka puasa bersama kami pada pukul 7.30pm dan kami balik pada pukul 8.30pm. namun begitu, maklumat yang tertera dalam sistem scanner itu menyatakan bahawa rakan saya mempunyai rekod keluar pada pukul 8.30pm dan balik pada pukul 11.30pm iaitu melepasi waktu curfew pada pukul 11pm. hal yg demikian bukan sahaja berlaku pada kawan saya malah pada org lain juga. hal ini menunjukkan bahawa sistem scanning yg digunakan adalah tidak tepat dan tidak boleh diharapkan. saya telah melontarkan persoalan ini kepada pihak JPP dan sekarang sedang menunggu tindakan daripada mereka. we'll just wait and see.

2 comments:

Jack said...

btul2! kesian kwn kte yg 2 org tue :(

LadyLML said...

siapa yg 2 org tu?